kenape erk tajuk hari ni aku sedih.. bukan kerana hari ini tetapi kerana kejadian hari ahad hari tu.. Ayah aku telah terlibat dengan kemalangan .. tetapi bukan kerana berlanggar dengan org lain or sebaliknye tetapi ayah aku terbabas and terlanggar tebing.. menyebabkan.....
Av memang rosak teruk belah kiri remuk.. sport rim belah kiri subing.. absorber terkeluar dari tempatnya.. enjin dh rapat ke dalam.. cermin retak.. kalau korang tengok mesti korg terpikir mcam mana kan pemandunya...
Hah!. nie keadaan belah kiri.. apa macam... teruk kan...
ya.. memang teruk.. waktu kereta nie sampai depan bengkel ayah aku mengeletar lutut aku.. Ya ALlah.. apa sudah jadi... macam mana ayah aku?.. mana dia.. ayah aku punya jiwa Oldskool Kental.. lepas terbabas tuh.. dia tak terus balik tetapi pergi pulak kejap ke Kuala Kangsar ade TT MazFord kat sana.. kiranya .. ayah aku excident dalam perjalanan ke sana lah.. Kejadian ni berlaku dalan anggaran pkul 9.30.. event tuh start pkul 10 pagi..
Kalau korang tengok mesti korang pun rasa teruk kan.. tapi Alhamdulilah dengan kuasa Allah swt.. Ayah aku selamat and tiada luka2 serius or patah sebab ayah aku pkai seatbelt yg ada pada bucket iaitu kerusi race tuh... kan ade due dia punye seatbelt..
ya.. betulkan org ckp pkai seatbelt selamat.. alhamdulilah.. memang betul..
Kejadian ni berlaku mengikut cerita ayah aku.. dia sedang memandu di selekoh berdekatan dengan tokong salak.. betul2 di selekoh tu ada bangkai kucing ayah aku sangka kucing tu hidup lagi rupanya sudah mati.. so dijadikan cerita ayah aku mengelak.. mybe dalam kelajuan yg ayah aku bwak.. ayah aku mengelak sikit kereta trus hilang kwalan and ayah aku memang dh tak boleh nak buat ape so dia lepas stereng .. beristigfar dlm diri.. alhamdulilah.. kereta terlanggar tebing then mengelongsor betul2 berhenti tepi longkang yang sgt besar..
Memang impak kuat lah.. bersyukur sangat sebab tak terbalik kalau terbalik memang parah.. tapi tidak.. aku bersyukur sangat.. tetapi jauh dalam sudut tetap bersedih sebab memang kereta tuh , kereta kesayangan kami sekeluarga sebab dah 9 tahun dia bersama kami.. Di waktu kami kesusahan, kereta proton iswara aeroback kena tarik, rumah di taiping kena lelong. Memang disaat itu waktu kesusahan kami.. Tapi setiap ujian diberi untuk menguji hambaNya supaya tidak lalai utk mengingati-Nya.
Memang habisan ribuan jugak lah baiki kereta itu.. tukar cat, tukar enjin brapa kali sebab kreta ni aktif msuk perlumbaan.. memang gah dijalan raya..
Bulan 2 nie jugak ayah terlibat dengan perlumbaan di litar dato sagor tetapi nampaknya tiada rezeki.. ya! masin mulut ayah sebab last ayah race hari itu ayah ckap maybe ini yang terakhir sebab ayah nk bagi peluang yang muda2.. skrang?.. kawan ayah dapat tahu dah jadi begini diaorg pun hilang semangat.. ye!.. Kami sayang Sangat kereta ini.. sob..sob..
Memang kami sedih sangat terutama aku, ibu , ika and imi.. kami menangis waktu kereta itu smpai di depan rumah.. hancur.. tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan wktu lihat Av.. Muka depannya bagaikan meminta tolong kami kerana mengalami kesakitan yang amat sangat.. Ibu aku seharian tidak mahu melihat luar tingkap.. tiap kali dia tengok luar pasti menitis airmata.. aku mengerti perasaan ibu kerana itulah aset yang kami ada.. tetapi rakan2 ayh iaitu rakan2 kereta,fmily dan rakan2 lain banyak memberi sokongan.. terima kaseh sangat sebab memberi nasihat yang membantu memulihkan semula semangat kami.
I Luv Olskool $ever.. hari2 tidak putus2 mereka memberi semangat.. 'Ujian yg diberikan pasti ada hikmahnya mungkin Allah SWT menggantikannya lebih baik daripada sekarang"..
ya.. aku percaya Qada' dan Qadar.. sesungguhnya Allah SWT memberi ujian kepada hambanya yang dapat diselesaikan..
K larh.. sampai disini sahaja.. kami tidak pasti ke Melaka raya cina ini atau tidak.. kereta semangat kami kini kesakitan.. tiada kekuatan lagi untuk ke sana..
Walaupun peanut n kancil still ada tetapi tidak sama lagi seperti dulu...
Insyaallah.. impian aku... aku nak baiki kereta ini supaya dia kembali seperti sedia kala... aminnn..
p/s:.. terima kaseh kerana membaca mungkin korang yang tidak meminati kereta merasa kami terlalu berlebihan tetapi sebagai seorang yg meminati kereta lama ia bagaikan sebuah keluarga ...
Yang benar...
peminat tegar kepada olskool..
Ribena peanut forever..
No comments:
Post a Comment